Assalamualaikum..

Assalamualaikum..

Maksud ucapan Sayyidul Istighfar itu adalah: “Ya Allah, Engkau Tuhanku, tiada Tuhan yang berhak disembah kecuali Engkau, Engkau menciptakanku dan hamba-Mu dan aku (terikat) dengan janji-Mu semampu yang aku boleh laksanakan, aku mohon perlindungan-Mu dari kejahatan yang aku lakukan, aku mengakui bahawa semua nikmat yang Engkau berikan kepadaku adalah milik-Mu dan aku mengakui terhadap dosa-dosaku. Oleh itu ampunilah aku, sesungguhnya tiada yang dapat memberi keampunan kecuali Engkau.” (Riwayat Bukhari)

Lafaz Sayyidul Istighfar itu penuh dengan adab kerana ia didahului dengan pujian kepada Tuhan yang Maha Agung.

Lafaz itu penting untuk kita hafal sebab Nabi SAW menyatakan dalam satu hadis yang bermaksud:

“Barangsiapa yang mengucapkannya pada siang hari dan meyakininya, lalu dia mati pada hari itu sebelum waktu petang, maka dia termasuk penghuni syurga.

“Dan barangsiapa mengucapkannya pada malam hari dalam keadaan meyakininya, lalu dia mati sebelum waktu pagi, maka dia termasuk penghuni syurga.” (Hadis riwayat Bukhari)

#rspace #kelas #seminar #shahalam #bilikseminarshahalam #rlsharing
#stayathome